: Mon, 25 Sep 17

Anjung Utama

Pengenalan >> Pengenalan

Agihan Zakat
 

Bahagian Agihan berperanan menerima dan memproses permohonan-permohonan daripada orang ramai yang memerlukan bantuan daripada Wang Zakat Majlis Ugama islam Brunei.  Berdasarkan fatwa Agihan Zakat MUIB merangkumi 6 asnaf sahaja iaitu:-
• Fakir
• Miskin
• Muallaf
• Amil
• Gharim (orang yang berhutang)
• Ibnu Sabil (musafir yang memerlukan bantuan)

Strategi yang digunakan untuk mengagihkan Kumpulan Wang Zakat adalah melalui agihan-agihan berikut:-

Agihan Untuk Keperluan Asas
• Agihan bulanan
• Agihan zakat kepada Asnaf
• Agihan sewa rumah (termasuk air & letrik)
• Agihan membina/membaiki/membeli/menyiapkan rumah
• Agihan kos rawatan perubatan termasuk tambang penerbangan, tambang kenderaan ke pusat rawatan,dll.
• Agihan keperluan asasi secara bulanan
• Agihan serta-merta
• Dan lain-lain

Agihan Untuk Meningkatkan Ekonomi
• Agihan bagi menambah hasil pendapatan
• Agihan peralatan untuk berusaha sendiri
• Agihan Modal perniagaan/perusahaan.
• Dan lain-lain

Agihan Untuk Keperluan Persekolahan
• Agihan yuran
• Agihan pas belajar
• Agihan bayaran peperiksaan
• Agihan tambang kenderaan
• Agihan pakaian seragam
• Agihan peralatan sekolah
• Agihan bayaran pengakuan pelajar
• Dan lain-lain

Agihan Untuk Kepentingan Da’wah Dan Syiar Islam
• Agihan pembinaan/membaiki Masjid
• Agihan pembinaan/membaiki Surau
• Agihan pembinaan/membaiki Balai Ibadat
• Agihan pembinaan/membaiki Pusat Kegiatan Ugama
• Agihan pembinaan/membaiki Sekolah Ugama
• Agihan saguhati menunaikan Fardhu Haji kepada Muallaf yang terpilih
• Dan lain-lain

Agihan Untuk Asnaf Muallaf
• Agihan bagi bayaran  perbelanjaan muallaf baru memeluk Islam dan sagu hati bagi menunaikan fardhu haji bagi saudara-saudar baru.
• Agihan perbelanjaan bagi kursus asas dan lanjutan saudara-saudara baru dan lain-lain
• Agihan perbelanjaan bagi menunaikan fardhu haji
• Dan lain-lain

 

 
Pengenalan
Unit-Unit Dalam BAKAZ dan Cawangannya
Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat
Jawatankuasa Meneliti Permohonan Bantuan Dari Asnaf-Asnaf Zakat
Tatacara Kutipan Zakat
Permohonan dan Agihan
Fungsi Bahagian Zakat