: Mon, 25 Sep 17

Anjung Utama

Pengertian Zakat >> Pengertian Zakat

Rukun Islam Yang Lima
 

Zakat adalah rukun Islam yang ketiga. Wajib ke atas semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk mengeluarkan zakat.

Dalil-dalil kewajipan mengeluarkan zakat terdapat dalam  Al-Quran, hadis serta ijma ulama. Terdapat  30 tempat dalam Al-Quran yang menyebutkan tentang zakat dan 27 ayat daripadanya perintah  berzakat digandingkan dengan perintah sembahyang. Antaranya;

Firman Allah Taala  dalam Surah Al-Baqarah ayat 43, yang  bermaksud:

“Dan dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah  zakat dan  ruku’lah beserta orang-orang yang ruku’ “

 

Firman Allah Taala  dalam Surah At-Taubah ayat 103: yang bermaksud :
"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan do'akanlah mereka karena sesungguhnya doamu dapat memberi ketenangan bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sabda Nabi Sallallahualaihi wasalam, yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar  bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara; Mengaku tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan sembahyang, Memberi zakat, Berpuasa di bulan Ramadhan serta Menunaikan megerjakan haji bagi orang mampu.
Para Ulama juga bersepakat bahawa zakat adalah salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas umat Islam yang telah cukup syarat untuk mengeluarkannya.

 

 
Pengertian Zakat
Hikmah Zakat
Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat
Doa Zakat
Teks Lafaz IJAB dan Qabul bagi zakat fitrah