: Mon, 25 Sep 17

Anjung Utama

Pengertian Zakat >> Pengertian Zakat

Hikmah Zakat
 

Secara amnya hikmah berzakat itu ialah untuk  MENSUCIKAN DIRI, dan MENYUBURKAN HARTA.

Secara khusus, zakat mempunyai banyak hikmah, dan mempunyai  banyak erti dalam kehidupan umat manusia, terutama umat Islam,  baik yang berkaitan dengan Allah SWT maupun hubungan sosial kemasyarakatan di antara manusia, Antaranya:-

1. Dapat mensucikan diri  dari dosa, membersihkan diri dari perasaan bongkak dan tamak pembayar zakat.

2. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

3. Sebagai ungkapan rasa syukur ke atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala, di kalangan orang yang berada, kerana asal kekayaan itu adalah daripada Allah jua.

4. Sebagai sokongan moral kepada orang yang baru masuk Islam (muallaf)

5. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat

6. Membentras penyakit iri hati, rasa benci dan dengki  orang fakir dan miskin terhadap orang kaya, dan sebagai pengikat sialturrahim antara golongan kaya dengan yang miskin serta sebagai penghapus jurang yang menjadi pemisah antara golongan yang kuat dengan yang lemah

7. Memberikan peluang kepada golongan kaya untuk beramal ibadat melalui mengeluarkan zakat dengan mengagihkan sebahagian kecil kekayaan mereka kepada golongan yang kurang berada.

8. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

9. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

10. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

11. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat

 
Pengertian Zakat
Rukun Islam Yang Lima
Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat
Doa Zakat
Teks Lafaz IJAB dan Qabul bagi zakat fitrah