: Fri, 18 Apr 14

Anjung Utama

Kalkulator >> Kalkulator

Pengiraan Zakat Perniagaan
 

Dalam menjalankan sebuah perniagaan samada perseorangan atau perkongsian pertama-tamanya perlu ada modal untuk memulakan perniagaan, daripada modal itu terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:-
i Harta Tetap
ii Harta Semasa

HARTA TETAP

Harta tetap ialah sebahagian modal diambil untuk dibelanjakan bagi keperluan-keperluan Syarikat seperti:-
i Bangunan
ii Tanah
iii Kenderaan
iv Perabut-perabut dan eprkakas-perkakas bagi membantu  menjalankan perniagaan
*  Harta Tetap TIDAK WAJIB dikeluarkan zakat.

HARTA SEMASA

Harta semasa ialah baki modal seperti:-
i Harta-harta yang belum habis dijual
ii Hasil jualan sepanjang tahun
iii Hutang-hutang pelanggan yang diyakini boleh membayar
iv Dividen atas saham
v Bunos perkerjaan
vi Derma Kebajikan
vii Jaminan Buroh
viii Insuran pekerja
ix Insuran api

* Harta Semasa WAJIB dikeluarkan zakat apabila sampai haulnya setahun.

HARTA-HARTA TANGGUNGAN YANG DITOLAK [ TIDAK DALAM PENGIRAAN ZAKAT]

i Hutang-hutang yang tidak diyakini untuk dibayar
ii Saguhati Jawatankausa
iii Gaji Pekerja
iv Saguhati Pemeriksaan Kira-Kira
v Ganti rugi
vi Pembayaran elektrik, telefon, air dan sebagainya
vii Pembayaran Perkhidmatan (servicing) kenderaan

Formula 1
Jumlah Pelaburan (Modal) + Keuntungan + Harta Semasa – Harta Tanggungan – Bunga  X 2 ½ % = __________ (Zakat Yang Wajid Dikeluarkan)

ATAU

Formula 2
Jumlah Pelaburan (Modal) + Keuntungan + Harta Semasa – Harta Tanggungan – Bunga dibahagi 40 = __________ (Zakat Yang Wajid Dikeluarkan)

ATAU

Formula 3
Harta Semasa – Tanggungan Semasa +/- (Pelarasan) x 40
= _________ (Zakat Yang Wajib Dikeluarkan)

 
Pengiraan Zakat Harta (Wang Simpanan)
Pengiraan Zakat Emas
Pengiraan Zakat Perak
Penngiraan Zakat Binatang Ternakan
Pengiraan Zakat Biji-Bijian dan Buah-Buahan (Tanaman)