: Sat, 25 Nov 17

Anjung Utama

Media Zakat >> Brunei Bulletin

MAJLIS PENYAMPAIAN BAYARAN PEKEJ HAJI BAGI SAUDARA-SAUDARA BARU TAHUN 1429/200
 

KHEU 24/09/2008 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan tambang-tambang haji kepada saudara-saudara baru untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

Dengan adanya kurnia tambang haji ini, ia menggambarkan sikap pemedulian Baginda kepada saudara-saudara baru di negara ini, di samping bagi meningkatkan penghayatan berugama dikalangan saudara-saudara baru supaya lebih sempurna dan mantap bukan sahaja dari segi akidah dan keimanan terhadap Allah Subahanahu Wata'ala, bahkan juga dari segi perlaksanaan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardhu haji ke Mekah.

Seramai 20 orang saudara-saudara baru telah diperkenankan untuk dikurniakan tambang haji pada tahun ini yang merangkumi pembayaran-pembayaran berikut:


i.�Setiap mereka menerima sebanyak $3,500.00 iaitu kurnia tambang haji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.

ii. Setiap mereka juga menerima bantuan daripada wang zakat Majlis Ugama Islam�sebanyak $3,950.00 bagi mencukupkan bayaran pakej haji (Pakej Ekonomi 'C') yang mana harga pakej tersebut untuk Darussalam Holdings ialah $7,450.00.


iii. Setiap mereka juga akan diberikan bantuan wang tunai�daripada wang zakat Majlis Ugama Islam sebanyak $1,000.00 bagi perbelanjaan (wang saku) semasa berada ditanah suci.


Penyampaian bayaran kepada Darussalam Holdings yang kesemuanya berjumlah $79,000.00 telah�disempurnakan penyerahannya oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato�Paduka Haji Othman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan diterima oleh Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed, Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd. Majlis berkenaan berlangsung di bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar.

Pemilihan saudara-saudara baru yang akan menunaikan fardhu haji adalah melalui sesi temuduga dan berdasarkan garispandu yang telah ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei.

 
No related topics available